Apakah itu Unifi ?


UniFi?


Unifi ialah High speed broadband. Menggunakan kabel fiber optik. Lebih pantas berbanding Streamyx yang menggunakan kabel copper. Pekej UniFi ini merangkumi : -

1.HSI - High Speed Internet,

2.Voice - Telepohone

3.Video (IPTV) 

Dan ia terbahagi kepada dua kategori, VIP dan Business.



Berikut adalah soalan-soalan biasa tentang UniFi.

1. Perlukah bertukar daripada Streamyx ke UniFi?
Jika anda seperti kad Touch and Go, 'We live in a fast lane.'... jadi mungkin anda mahukan kelajuan luar biasa untuk Internet anda. Tetapi. Jika anda adalah pengguna biasa Internet (bukan hardcore), mungkin ini bukan keperluan anda. Mungkin sekadar kehendak sahaja. Bagi sesiapa yang perlukan internet berkelajuan tinggi tanpa sebarang streaming bila melihat video dia YouTube inilah pilihan bijak!!!


2. Kalau berminat dengan UniFi, apa yang perlu dibuat?
Langkah pertama sekali yang perlu anda buat ialah semak sama ada kawasan rumah anda terdapat dalam list TM. Ini adalah kerana bukan semua tempat ada. Hanya kawasan tertentu. Bukan kerana ianya tidak laku tetapi teknologi di Malaysia tidak mampu lagi untuk memenuhi permintaan Unifi ini.


Langkah kedua, Jika kawasan anda ada di dalam skop pemasangan UniFi, pilih pula pekej yang diminati. Disini ada 3 pekej yang sesuai untuk anda :- 

pakej

klik untuk pembesaran 

Ada VIP5 (kelajuan 5Mbps), VIP10 (kelajuan 10Mbps) dan VIP20 (kelajuan 20Mbps) untuk pekej kegunaan rumah.

3. Jika benar-benar nekad mahu memasang UniFi, apa perlu dibuat?
pekara pertama yang anda perlu buat ialah hubungi saya :-

call/sms : 017 6668890
email      : msaifullah@gmail.com

selepas itu, saya akan memberi respon dan langkah seterusnya. InsyaALLAH dalam mase kurang 2 minggu anda sudah boleh merasai kenikmatan Unifi.


4. Apa pekej yang sesuai untuk dilanggan?
Ianya tidak lah begitu mahal kerana kelajuan internetnya seperti kilat. Percayalah anda akan merasai kepuasan berinternet dirumah. 

VIP5
- kelajuan 5Mbps 
- RM149 sebulan 
- Muat turun terhad sebanyak 60GB sebulan

VIP10
- kelajuan 10Mbps
- RM199 sebulan
- Muat turun terhad sebanyak 90GB sebulan

VIP20 
- kelajuan 20Mbps
- RM249 sebulan
- Muat turun terhad sebanyak 120GB sebulan

Jika berkemampuan, langgan sahaja VIP20. Pemasangan percuma jika anda memilih VIP20. 
PROMOSI!!! Tiada cas pemasangan!!!

*sebelum bulan Nov

5. Berapa banyak perlu dibayar?
There is no payment upfront. Semuanya akan dimasukkan ke dalam bil. Jika anda mengambil pekej VIP5, kira-kira untuk bil pertama adalah seperti di bawah. 

Bil pertama= 0
Bil kedua = RM149 + RM149
Bil ketiga = RM149 
Bil keempat = RM149 
Bil kelima = RM149 
Bil keenam = RM149

Sekali lagi saye ingatkan pada anda :-
PROMOSI!!! Tiada cas pemasangan!!!
*sebelum bulan Nov


6. Dengar kata, pemasangan UniFi ada drilling. Betul ke?
Ya. Betul. Lebih-lebih lagi jika pemasangan wayar di rumah anda sangat mementingkan konsep OHS (Occupational Health and Safety). Sebenarnya ianya adalah untuk mengelakkan dari air masuk ke rumah :)

7. Perlu sediakan apa-apakah untuk pemasangan?
Tidak. Pelanggan hanya dinasihati supaya menyediakan plug multiple extension cord yang lebih untuk setiap device seperti ONU, STB, Cordless Phone.

8. Berapa lama pemasangan UniFi dibuat?
Ianya bergantung kepada keadaan dan situasi. Selalunya ianya memerlukan sehingga 7-8jam.

9. Kalau sudah ada UniFi, macamana dengan Streamyx?
Buat pengetahuan anda, pemasangan kabel UniFi tidak akan mengganggu kabel telefon dan kabel copper Streamyx anda. Masing-masing mengikut haluan sendiri. Jadi, jika anda sudah melanggan UniFi, tamatkan sahaja akaun Streamyx anda. 

10. Kalau sudah ada UniFi, macamana dengan telefon?
Buat pengetahuan anda juga, UniFi membekalkan telefon wireless cord di mana tiada bayaran akan dikenakan untuk panggilan nasional. Dan sepuluh sen seminit akan dikenakan untuk panggilan handphone. Bermakna, kini anda mempunyai dua telefon. Jadi, apa tunggu lagi. Tamatkan sahaja talian telefon yang sudah ada. Tetapi jika anda berkemampuan untuk membayar dua-dua apa ada hal bukan.

11. Bagaimana mahu membuat pembayaran bil UniFi?
Tiada beza dengan pembayaran telefon dan Streamyx. Melalui Maybank2u juga boleh. Anda akan diberi pilihan samada untuk menerima bil setiap bulan dalam bentuk pos ke rumah atau dalam bentuk email. Caj akan dikenakan sebanyak RM8 jika dihantar dalam bentuk pos. Harga kertas sudah naik barangkali. Manakala tiada caj akan dikenakan jika bil dihantar melalui email. Makanya. Buatlah pilihan yang bijak (sambil mengelipkan mata).

12. Kalau tiba-tiba nak tamatkan UniFi boleh tak?
Boleh. Jika kontrak dua tahun sudah tamat, tiada masalah. Tetapi. Jika mahu tamatkan sebelum kontrak, anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM500. Ya. Denda. 


Jadi? Apa tunggu lagi? semuanya ditangan anda call saya segera.


call/sms : 017 6668890

email      : msaifullah@gmail.com

SheyPull

Seorang jurutera disalah sebuah syarikat swasta yang terkemuka. Sangat pemurah untuk berkongsi segala cerita suka dan duka di dalam blog ini.

4 comments:

  1. streamix pun dah cukup hebakk la bg sy ni , nak berblog je ,hehek

    ReplyDelete
  2. @miss Eiza : alah klu nak download baru la best gune unifi...:)
    alah x bayk beza la harga streamyx ngan unifi.. tambah sikit je...

    ReplyDelete
  3. @eyda Syahida:



    mane ade mahal lah....murah jew...

    ReplyDelete

Penafian: Kami tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang komen yang dipaparkan di ruangan komen yang kami sediakan dibawah. Sebaliknya ia adalah dibawah tanggungjawab anda sendiri. Namun kami berhak untuk menapis mana-mana komen yang berbau hasutan, lucah, kata-kata kesat atau sebagainya yang dirasakan tidak sesuai.