PROTON tayang 5 pahlawan di "Thai Motor Expo"



PROTON telah berkembang maju selangkah demi selangkah, di Thai Motor Expo PROTON telah memberi kejutan kepada orang ramai tentang kemajuan automotif di Malaysia yang kini sedang pesat membangun. PROTON telah mengeluarkan edisi "PAHLAWAN" bersempena dengan sejarah Malaysia iaitu seperti JEBAT, LEKIR, TUAH, LEKIU & KASTURI. Dibawah ini ialah gambar-gambar yang dapat diambil dari Expo tersebut.



JEBAT


JEBAT adalah transformasi dari kereta INSPIRA yang ditambah bodykit yang paling popular untuk 
mengubah rekebentuk sebuah EVO. Jika anda perasan terdapat "skirt" tepi yang menarik
yang diubah suai sendiri oleh jurutera proton.


KASTURI


KASTURI pula adalah transformasi dari proton saga facelift yang dijangka akan dikeluarkan
pada tahun hadapan, saga facelift ini agak berlainan dari saga BLM sekarang. jurutera PROTON
telah mengubahsuai bahagian hadapan seperti lampu pada kereta ini.


LEKIR


LEKIR nie pulak, ala-ala kereta LOTUS yang memang aku sgt2 suka.
alangkah bestnya kalau dapat kereta nie sebijik.


LEKIU


LEKIU nie pulak dibuat berjeniskan MPV atau 4WD mcm tu la,
lagi pun PROTON memangtidak pernah keluarkan MPV mcm nie
tak tahula mcm mane kan best or tidak.


TUAH


TUAH ialah sebuah kereta yang di evolusikan dari kereta PERSONA,
tapi memang banyak la kelainan dia sebab ini just prototype. hehehe
tapi serius la...bentuk menarik dan pasti ramai yang akan beli kereta malaysia.


saya bangga menjadi anak Malaysia
apapun dalam banyak-banyak nie, mane yang menjadi pilihan anda?
ingatlah...

PRODUK MALAYSIA KEBANGGAN KITA

SheyPull

Seorang jurutera disalah sebuah syarikat swasta yang terkemuka. Sangat pemurah untuk berkongsi segala cerita suka dan duka di dalam blog ini.

No comments:

Post a Comment

Penafian: Kami tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang komen yang dipaparkan di ruangan komen yang kami sediakan dibawah. Sebaliknya ia adalah dibawah tanggungjawab anda sendiri. Namun kami berhak untuk menapis mana-mana komen yang berbau hasutan, lucah, kata-kata kesat atau sebagainya yang dirasakan tidak sesuai.