Baraksi di Masjid pulak !!!



Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:


Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian.Sebenarnya fadhilat solat berjemaah adalah bertali arus, sambung menyambung, mengembang dan membesar. Orang yang bersolat jemaah bukan sahaja mendapat setakat 27 darjat, malah dia akan mendapat banyak fadhilat dan keuntungan sampingan lain lagi semasa dia berulang alik ke masjid dan semasa dia berada dalam masjid.



Tetapi sifat kite sorang manusia sering lalai dan suke membuat sesuatu dengan sambil lewa telah membawa kite ke kehancuran. Ingin saya menegur dan memperigatkan diri saya sendiri tentang masalah yang sering berlaku di semua masjid-masjid dan surau-surau. 


"Lurus Dan Rapatkan Saf!!!"




 

Dari hadis Baginda SAW:


Maksudnya: Daripada Ibnu Umar r.a berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Hendaklah kamu luruskan saf, maka sesungguhnya buatlah saf seumpama saf para Malaikat, samakan di antara tumit-tumit kamu dan penuhi ruang-ruang kosong, lemah lembut dengan tangan saudara kamu, jangan biarkan ruang-ruang kosong untuk dipenuhi oleh syaitan, siapa yang menyambung (merapatkan) saf, maka Allah akan menyambungkannya, dan siapa yang memutuskan saf, maka Allah akan memutuskannya.” (Riwayat Ahmad, an-Nasaie, Abu Daud dan Hakim).


Sebagaimana yang telah diperjelaskan didalam hadis di atas, kita hendaklah merapati saf dan jangan dibiarkan ianya kosong kerana dibimbangi syaitan mengisi ruang itu. Sekiranya syaitan mengambil tempat itu, mudahlah baginya menganggu kekhusyukan solat mu. Bahkan baginda juga berpesan kepada kita seandainya berjaya menjaga saf penuh akan diganjari ganjaran besar:


Maksudnya: Daripada Ibnu Umar r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang menyambung (merapatkan) saf, maka Allah akan menyambungkannya, dan siapa yang memutuskan saf, maka Allah akan memutuskannya.” (Riwayat Ahmad, an-Nasaie, Abu Daud dan Hakim).

 
Mudah-mudahan InsyaALLAH sedikit sebanyak apa yang saya kongsikan ini dapat memperbaiki diri saye dan semua umat islam.


SheyPull

Seorang jurutera disalah sebuah syarikat swasta yang terkemuka. Sangat pemurah untuk berkongsi segala cerita suka dan duka di dalam blog ini.

2 comments:

Penafian: Kami tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang komen yang dipaparkan di ruangan komen yang kami sediakan dibawah. Sebaliknya ia adalah dibawah tanggungjawab anda sendiri. Namun kami berhak untuk menapis mana-mana komen yang berbau hasutan, lucah, kata-kata kesat atau sebagainya yang dirasakan tidak sesuai.