Korek hidung batal puasa ke tak?




Alhamdulillah...skukur pada Ilahi sebab hari nie dah masuk 12 Ramadhan.Dan aku masih mampu bernafas dan menjalankan ibadah puasa teringat waktu kecil ketika hidung gatal-gatal nak korek hidung takut batal puasa punye la tahan sampai nak menagis.

Tapi sekarang dah besar baru tahu Sebenarnye Korek Hidung Tak Batal Puasa, haaaa mesti korang nak tahu kan kenapa?


Sudah jelas lagi bersuluh... ada dalam satu hadis tu sendiri menerangkan bahawa kita boleh memasukkan air ke dalam hidung ketika wudhu’ (bahkan memasukkan air ke dalam hidung/telinga (cuping) tu adalah salah satu tuntutan dalam berwudhu’) walaupun ssedang berpuasa.


...berlebih-lebihlah dalam memasukkan air ke dalam hidung (memasukkan secara sepenuhnya) kecuali ketika berpuasa. (Hadis Riwayat Abud Daud, no. 2366, at-Tirmidzi, no. 788, an-Nasa’e, no. 87)

Ini membawa maksud bahawa memasukkan air ke dalam hidung ketika berpuasa adalah dibolehkan - hanya cuma, janganlah berlebih-lebihan iaitu cukup sekadar membersihkan kotoran.

Dalam kata lain ialah apa dimaksudkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bukan ditujukan kepada menyedut air ke dalam hidung tetapi kepada “bersungguh-sungguh” dalam penyedutan tersebut. Dalam erti kata lain yang dimaksudkan oleh Rasulullah ialah, apabila berwudhu’ dalam keadaan berpuasa, tidak perlu bersungguh-sungguh menyedut air ke dalam hidung kerana dibimbangi sebahagiannya akan masuk jauh ke dalam sehingga sampai ke tenggorok dan ditelan sebagai “minuman.” [Yusuf al-Qaradhawi - Fiqh al-Siyam, ms. 117. Dinukil dari Menelan Air Liur Tidak Membatalkan Puasa, Jahabersa]




Walaubagaimanapun beikut adalah perkara2 yg lain yg membatalkan puasa adalah:

1 - Makan dan minu dengan sengaja/dalam keadaan sedar.
2 – Muntah dengan sengaja.
3 – Haid dan nifas
4 – Jima’.
5 – Suntikan yang berbentuk makanan.
6 – Mengeluarkan air mani dengan sengaja.

Perkara2 yang dibolehkan meneruskan puasa:

1 – Masih dalam keadaan junub ketika waktu subuh.
2 – Bersiwak/menggosok gigi.
3 – Berkumur-kumur.
4 – Bermesra dan mencium isteri.
5 – Mengeluarkan darah atau suntikan yg bukan berupa makanan.
6 – Berbekam.
7 – Merasa makanan/masakan (dengan syarat tidak melepasi kerongkong).
8 – Memakai celak, menitiskan air atau ubat ke dalam/bahagian mata.
9 – Mencurahkan air ke atas kepala/mandi.

Perkara-perkara yg mengurangkan pahala puasa:


1 - Berkata-kata akan hal yang sia-sia
2 – Berkata dengan mengatakan sesuatu yang dusta.



*semua kenyataan diatas adalah berdasarkan dari sumber yang boleh dipercayai. moga apa yang dikongsikan dapat memperbaiki diri kita dan membawa kesempurnaan kepada ibadat yg kite lakukan....

SheyPull

Seorang jurutera disalah sebuah syarikat swasta yang terkemuka. Sangat pemurah untuk berkongsi segala cerita suka dan duka di dalam blog ini.

14 comments:

  1. SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA...

    ReplyDelete
  2. selamat berpuasa! kalau boleh, elak lah korek hidung siang2. hehe. :P

    ReplyDelete
  3. elak kan perkara2 makruh... after buka kan boleh buat.. ^^

    ReplyDelete
  4. waktu bangun sahur atau lepas berbuka kan boleh korek hidung. so, time berpuasa tahan je la. hehe ^^

    *selamat berpuasa!

    ReplyDelete
  5. Yang buat org confuse sbb mazhab syafie kata memasukkan sesuatu ke dalam rongga adalah membatalkan puasa. Namun dalam kes korek hidung ni Jabatan Mufti ada keluarkan panduan tentang rongga hidung.

    "Apa-apa jua yang dimasukkan ke dalam hidung yang melebihi pangkal batang hidung (khaisyum) adalah membatalkan puasa. "

    Sila rujuk di link berikut
    http://www.brunet.bn/gov/mufti/alhadaf/dis97/h_ir3.htm

    ReplyDelete
  6. mengorek anak tekak dan menghilang kan kotoran boleh tak?

    ReplyDelete
  7. Leeya Hezlin:

    selamat berpuase...

    ReplyDelete
  8. difficult easy.:

    betul jugak tuh....best2...

    ReplyDelete
  9. yad'z :

    owh...yer ke, mcm tu kew?

    ReplyDelete
  10. Black Winter:

    klu dah emergency nak buat mcm mn...:)

    ReplyDelete
  11. salam ziarah :)
    jemput laa datang jenguk entry terbaru saya yer .. :D

    http://ajeyyrawk.blogspot.com/2011/08/hasil-edite-gambar-dengan-picnikcom.html

    ReplyDelete
  12. Entri yg bermanfaat,alhamdulillah. Tq utk perkongsian ni sheypull. :)

    ReplyDelete

Penafian: Kami tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang komen yang dipaparkan di ruangan komen yang kami sediakan dibawah. Sebaliknya ia adalah dibawah tanggungjawab anda sendiri. Namun kami berhak untuk menapis mana-mana komen yang berbau hasutan, lucah, kata-kata kesat atau sebagainya yang dirasakan tidak sesuai.