ape benda pulak Talian MERS 999?



 Panggilan kecemasan yang dulu nya sangat popular dengan panggilan palsu, kini telahpun di ubah menjadi satu sistem yang lebih baik.

KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia (TM) dengan kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) akan mempertingkatkan lagi perkhidmatan panggilan kecemasan Malaysia Emergency Rescue Services (MERS) 999 melalui promosi pengenalan MERS 999 sebagai talian kecemasan saja.

Naib Presiden Yayasan MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, usaha yang dijalankan bersama TM mampu mendedahkan masyarakat terhadap kepentingan MERS 999 sebagai talian kecemasan, selain mengurangkan panggilan palsu.

“Ini adalah inisiatif pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam membantu Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) mengurangkan kadar jenayah di negara ini.
“Oleh itu, pembabitan yayasan dalam program ini diharap dapat mendedahkan masyarakat terhadap kepentingan MERS 999 sebagai talian kecemasan terutamanya dalam isu jenayah,” katanya selepas lawatan ke pusat Panggilan MERS 999, di Menara TM, semalam.

Difahamkan setakat ini, statistik melaporkan sebanyak 64 peratus panggilan palsu diterima pusat panggilan kecemasan MERS 999, sekali gus mengganggu sistem operasi.
“Lebih 60 peratus yang diterima disifatkan sebagai panggilan palsu yang bukan saja membebankan petugas, malah turut menjejaskan prestasi.

“Saya menggesa orang ramai tidak menyalahgunakan talian kecemasan untuk perkara tidak berfaedah terutamanya panggilan bukan kecemasan,” katanya. Menurut Lee, sistem yang dilaksanakan TM sepatutnya dipantau dari semasa ke semasa bagi mempertingkatkan keberkesanannya dan kerajaan disaran memberi beberapa kemudahan kepada MERS 999 untuk mencapai objektif mengurangkan kadar jenayah.

“Antara langkah promosi ialah mengedarkan buku kecil yang dilengkapi maklumat dan talian hotline untuk tujuan panggilan kecemasan,” katanya. Sistem maklum balas kecemasan negara yang diuruskan TM, menggabungkan empat rangkaian perkhidmatan kecemasan iaitu balai polis, hospital, bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). MERS disokong tiga Pusat Panggilan Kecemasan di Kuala Lumpur, Melaka dan Kuching yang dikendalikan TM dan 32 pusat panggilan agensi kecemasan masing-masing.-


Apa yang diharapkan, kite sebagai pengguna  tidak menyalahgunakan talian kecemasan untuk perkara tidak berfaedah terutamanya panggilan bukan kecemasan seperti :-

  • kucing mati kenelanggar basikal
  • isteri lari dari rumah
  • kene clash dengan BF
  • dan lain-lain alasan yang dianggap bangang.. 

SheyPull

Seorang jurutera disalah sebuah syarikat swasta yang terkemuka. Sangat pemurah untuk berkongsi segala cerita suka dan duka di dalam blog ini.

3 comments:

  1. jangan ade yg salah guna perkhidmatan nie sudah laaa yea !

    ReplyDelete
  2. @NoraienBETUL tuh..... ain pernah salah gune x?

    ReplyDelete
  3. hahaha , mcm bongok jee , clash pon nk kol 999 , bengong pnye olanggg

    ReplyDelete

Penafian: Kami tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang komen yang dipaparkan di ruangan komen yang kami sediakan dibawah. Sebaliknya ia adalah dibawah tanggungjawab anda sendiri. Namun kami berhak untuk menapis mana-mana komen yang berbau hasutan, lucah, kata-kata kesat atau sebagainya yang dirasakan tidak sesuai.