Kuasa Allah...



Tiba-tiba terasa ingin melihat bulan
sekali pandang je
90darjah tepat diatas kepala terlihat bulan sedemikian rupa





YaAllah, sugguh besar kuasa Mu
dan serta merta lihat tarikh hari nie

9.10.11


Sesugguhnya Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah.




info dari Misteri & Keajaiban Alam (Fake & Fact) :-

Fenomena halo (bahasa Greek: ἅλως) adalah lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi Matahari atau Bulan. Ia adalah sejenis fenomena optik. Ia adalah fenomena yang lebih kerap terjadi daripada kejadian pelangi.

Di bahagian Eropah dan sebahagian daripada AS sering berlaku dan boleh dilihat dalam lingkungan dua kali seminggu. Pernah gempar di utara Semenanjung Malaysia apabila fenomena ini berlaku antara pukul 2.15 petang hingga 2.40 petang, 6 Ogos 2007 yang lalu.

Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi dari kristal ais dalam awan sirus sejuk yang terletak pada ketinggian 5–10 km di lapisan troposfera atas. Bentuk dan orientasi kristal-kristal ini menentukan bentuk halo yang terjadi.

Kekerapan kejadian melibatkan pusingan radius 22° halo dan sundogs(Parhelia). Parhelic circle pula adalah biasan cahaya kristal yang melepasi sundogs dan mengelilinginya. Kadangkala ia melapisi keseluruhan ruang langit dalam latitut yang sama dengan matahari.

Pembinaan tangen ketinggian dan rendah (Upper Tangent arc and Lower Tangent arc) menyentuh secara terus dengan 22° halo sama ada di atas atau dibawah matahari. Pembinaan Lengkungan (Circumzenithal arc) akan terjadi di atas semua kristal tersebut.

Radius 22° halo tidak kelihatan. Ia seperti helaian yang berlapis-lapis atau habuk pada permukaan awan cirrus yang nipis. Awan ini sejuk dan mengandungi ais kristal walaupun pada iklim yang sangat panas.

Halo sangat besar. Ia selalu mempunyai diameter yang sama dalam posisinya di langit. Kadang-kadang hanya sebahagian sahaja yang muncul. Semakin kecil cincin cahaya yang terbias muncul mengelilingi matahari atau bulan dihasilkan oleh corona dari lebih banyak titisan air daripada dibiaskan oleh ais kristal. Ia tidak mengaitkan bahawa hujan akan turun.

Apabila ingin melihat halo pastikan kedua mata anda dilindungi dari pancaran matahari. Jangan sesekali memandang terus dan lama pada halo.

Sembunyikan matahari dari penglihatan di balik binaan, bangunan atau apa-apa sahaja. Berhati-hati apabila mengambil gambar halo tanpa pelindung matahari. Ia sangat merbahaya untuk mengambil gambar terus terutamanya mengunakan kamera SLR.

SheyPull

Seorang jurutera disalah sebuah syarikat swasta yang terkemuka. Sangat pemurah untuk berkongsi segala cerita suka dan duka di dalam blog ini.

18 comments:

  1. subhanaAllah.serius sgt st sgt cantik :)

    ReplyDelete
  2. @SitiNurIzzati Disebalik keajaiban itu kite harusla berhati2...


    "Hari Kiamat pasti akan terjadi. Di saat itu langit akan pecah, gunung ganang akan berterbangan, bumi dan seisinya akan hancur lebur. Bumi yang dipijak ini akan bertukar menjadi bumi yang lain. Langit yang menaungi kita juga akan bertukar dengan langit yang lain pula."

    ReplyDelete
  3. cantiknyaaaaaaa..subhanallah..

    terlepas la nk tgk :(

    ReplyDelete
  4. Salam, thx for the info, ohhh gitu rupanya, btw cantik sungguh ciptaan Allah

    ReplyDelete
  5. @♥ norlida ramli ♥Rugi la kalau terlepas...:)
    xpe la..mungkin lain kli boleh tgok...

    ReplyDelete
  6. subhanallah , cantik sngt2 :)

    ReplyDelete
  7. SubhanaAllah ! :),, kuase Allah tiada tndingnnya..

    ReplyDelete
  8. aku sempat tengok harituuu... mmg cantek pun... !!! tapi aku tak percaya sangat la kan menda karut marut nie... !!!

    ReplyDelete
  9. untungla dpt tengok... --->tak sempat sbb tertidur..

    ReplyDelete

Penafian: Kami tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang komen yang dipaparkan di ruangan komen yang kami sediakan dibawah. Sebaliknya ia adalah dibawah tanggungjawab anda sendiri. Namun kami berhak untuk menapis mana-mana komen yang berbau hasutan, lucah, kata-kata kesat atau sebagainya yang dirasakan tidak sesuai.