Proton jatuh ke tangan DRB-HICOM.



Apa yang berlaku pada syarikat kereta nasional kita?
KUALA LUMPUR - Spekulasi mengenai siapakah pembida bertuah untuk memiliki kepentingan Proton Holdings Bhd. (Proton) kini terjawab apabila Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) semalam mengumumkan memilih DRB-HICOM Bhd. sebagai syarikat yang bakal menguasai Proton.
Jualan kepentingan yang melibatkan 42.74 peratus ekuiti Khazanah itu ditawarkan pada harga RM5.50 sesaham atau nilai keseluruhannya RM1.291 bilion.
Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, keputusan itu dibuat dalam perbincangan dan penilaian terperinci dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk kedudukan kewangan dan sama ada pemegang saham baharu itu boleh membawa Proton ke peringkat lebih maju seiring dengan aspirasi perkembangan sektor automotif nasional.
Menurut beliau, penjualan itu bagaimanapun masih tertakluk kepada beberapa garis panduan dan di antaranya ialah ia perlu mendapat kelulusan daripada pemegang saham DRB-HICOM. Pada ketika ini DRB-HICOM mempunyai kakitangan kira-kira 40,000 orang.
"Sebaik sahaja selesai perjanjian jual dan beli ini, DRB-HICOM perlu melaksanakan tawaran awam mandatori ke atas baki saham Proton," katanya melalui kenyataan rasmi yang dikeluarkan di sini semalam.


SheyPull

Seorang jurutera disalah sebuah syarikat swasta yang terkemuka. Sangat pemurah untuk berkongsi segala cerita suka dan duka di dalam blog ini.

4 comments:

  1. eh ok what.. semua2 company GLC sekarang ni, kerajaan akan mengurangkan pegangan saham dalam company mereka.. so swasta akan memandu company2 ni untuk memacu ekonomi negara.. (tgn kat bahu sambil pandang atas)

    ReplyDelete
  2. oooo patut la.... (tiba tiba menyampuk)

    ReplyDelete
  3. @YOUNG COOKIES
    Hehehe... semua nk jual kat swasta, bgus la sgt... kn igt jguak sebab suasta tu kebaykkan nye CINA yg pegang..dah la skung nie boleh dikatakan 70% ekonomi adalah CINA yg pegang...

    ReplyDelete

Penafian: Kami tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang komen yang dipaparkan di ruangan komen yang kami sediakan dibawah. Sebaliknya ia adalah dibawah tanggungjawab anda sendiri. Namun kami berhak untuk menapis mana-mana komen yang berbau hasutan, lucah, kata-kata kesat atau sebagainya yang dirasakan tidak sesuai.