UTM IPT terbaik Malaysia ke?






UNIVERSITI Teknologi Malaysia (UTM) menduduki tangga teratas dalam kalangan universiti di Malaysia dalam keputusan penarafan Webometrics Ranking of World Universities (webometrics) dan 4 International Colleges & Universities (4icu).

Keputusan penarafan webometrics yang diumumkan 30 Julai lalu menyaksikan UTM mendahului institusi pengajian tinggi (IPT) awam (IPTA) lain di negara ini, diikuti Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Naib Canselor UTM, Prof Datuk Ir Dr Zaini Ujang, berkata ironinya, universiti yang menduduki ranking terbaik selalu dirujuk dan dijadikan panduan berdasarkan kepada kandungan dan kesarjanaan warga universiti berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, dalam konteks moden yang mana teknologi maklumat dan komunikasi menjadi pilihan utama untuk mendapatkan maklumat, kaedah rujukan dilakukan secara maya.

“Kejayaan UTM menduduki tangga teratas di Malaysia dalam kedua-dua ranking itu adalah hasil kerja berpasukan dan semangat kerja yang tinggi seluruh warga UTM dalam kalangan akademik, bukan akademik dan mahasiswa.

“UTM memberi tumpuan kepada pendekatan High Impact and Differentiation Strategy bagi membolehkan organisasi berjalan dengan lebih terarah, lancar dan berdaya saing,”katanya.

Di peringkat dunia, UTM tersenarai pada kedudukan ke-419 terbaik dunia, diikuti USM (428), UM (552) dan UPM (589). 
Kedudukan 10 tangga teratas dikuasai universiti di Amerika Syarikat termasuk Massachusette Institute pf Technology (MIT), disusuli Harvard University, Stanford University. 

Seterusnya, Cornell University, Berkeley University, Michigan University, Wisconsin Madison University, Washington University, Minessota University dan Pennsylvania University.

Ranking webometrics membabitkan 20,000 IPT di seluruh dunia.

Menerusi ranking 4icu yang dikendalikan badan yang berpangkalan di Australia, UTM turut mendahului universiti di Malaysia dengan kedudukan ke-280 dunia. Kedua-dua penarafan itu menggunakan kaedah penilaian laman sesawang bagi menentukan pencapaian universiti berdasarkan empat penanda aras iaitu kandungan bahan, rujukan, visibility dan kesarjanaan menerusi aktiviti yang menggunakan ruang siber. 
Tetibe aku bangga jap sebab ambik Diploma dan Degree kat UTM..Tak sangka bagus jugak UTM nie ek.. Apepun aku dah rindu mase sekolah kat UTM nie dulu..Lagi2 kat kawan2 baik ku...ZUL, KECIK, OTAI, NUAR, AFIQ, ALI dan lain2...

SheyPull

Seorang jurutera disalah sebuah syarikat swasta yang terkemuka. Sangat pemurah untuk berkongsi segala cerita suka dan duka di dalam blog ini.

6 comments:

Penafian: Kami tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang komen yang dipaparkan di ruangan komen yang kami sediakan dibawah. Sebaliknya ia adalah dibawah tanggungjawab anda sendiri. Namun kami berhak untuk menapis mana-mana komen yang berbau hasutan, lucah, kata-kata kesat atau sebagainya yang dirasakan tidak sesuai.